Tuesday, November 24, 2015

Majlis Khatam Al-Quran

Assalamualaikum,,

Just nak share gambar majlis khatam Al-Quran baru ni yang dianjurkan oleh
Surau Al-Bukhori Cengal Condominium.dan juga hasil kerja keras Ustazah Mariam
Terima Kasih Ustazah Mariam...

             






Aktiviti musim cuti sekolah

Assalamualaikum....
 tu dia ..punya lama tak masuk blog... saja nak up load aktiviti terbaru
 anak anak time cuti sekolah...
   
                                 
sesi demo buat air bikarbonat

nak main kereta lumba tapi kaki tak sampai..

Galeri Petronas

sesi bergambar @ Galer petronas

altiviti mewarna di Aquaria KLCC







Friday, June 20, 2014

jalan jalan cuti sekolah

Assalamualaikum... lama tak menulis la pulak...tah la makin lama makin malas.. banyak cerita sebenarnya tapi ni cerita masa kami cuti cuti sekolah dalam KL jer.. Dah tak kemana jadi bawak la anak anak ni jenjalan sambil main bowling kat The Mines.. Jom layan gambar sket.

Thursday, June 27, 2013

jalan jalan dalam jerebu

Assalamualaikum,

teman ni rasa macam malas ja nak upload gambar jalan ngan member baru ni..tapi takpa ..bersempena budak budak cuti skolah sebab jerebu .kami apa lagi plan la nak pegi memancing di Taman Wetland Putrajaya trpaksa la teman ngangkut angkatan sekali..
Teman janji jam 9 lebih tapi kena  gerak pukul 12 lebih... ya la ingat jerebu kawan kawan tak jadi rupenya main redah jerrr...hampehhh kelubi tul...
janji tetap janji kena la pergi jugak.....kan kena perli naya (kena jugak)..TQ kepada Pak din,Farid,Pilot,Jedi dan Ibrahim.ok la tengok je la gambiran kat bawah ni.........











Monday, June 17, 2013

Konvoi Sambutan Ulangtahun EOCM Ke 4 K.L - PD (EOCM SUT 4 )

Assalamualaikum,

Selesai sudah Sambutan Ulang Tahun EOCM Ke 4 yang di adakan di Selesa Beach Resort yang di hadiri oleh lebih 140 pemilik kereta EXORA dari Semua Jajahan termasuk lah kami dari CR.
Pagi-pagi lagi kami berkumpul di Shell Tol Sg.Besi sebagai CP 1 untuk memulakan konvoi dan akan bergabung di R n R Seremban sebagai CP dan CP 3 adalah RnR Mambau yang akan diambil alih oleh Marshal geng Warikh iaitu pihak penganjur.
Hilang rasa ketagih untuk berkonvoi biar pun terpaksa menunggu lama di setiap CP untuk menyusun atur kenderaan supaya tiada gangguan kepada pengguna lebuhraya yang lain.
Jam 9.40 kami bertolak untuk ke CP 2 yang kan melibatkan gabungan yang lebih banyak kereta..
susun atur Exora

bergerak ke CP 3

meriah dengan exora
Sesudah semua Exora dari Jajahan ER,CR,NR bergabung jam 11.45 kami mulakan lagi perjalanan ke CP 3
iaitu RnR Mambau..kena susun atur lagi melibatkan peserta yang menginap,konvoi dan dinner sahaja.
deretan exora




seronok anak-anak
Yang ni pulak kat CP 3 RnR Mambau ...yang ni lagi lama menunggu...aduih hai..ni la cabaran mental dan fizikal kerana bila melibatkan ramai peserta.Bagi kami dah biasa dah sejak awal penubuhan EOCM lagi dh join..konvoi ni..tak pa anak-anak nanti kita terjun kolam.Kami bertolak dari RnR Mambau jam 1330 sampai di PD pulak jam 1410..bukan jauh pun.Kami menginap di Desa lagon ala kat sebelah jer...
ni chalet kami.Desa Lagon Resort..

seronok dapat terjun

gaya tak mau kalah

ke pantai pulak


acara SUT4



Anak-anak paling suka ..ye lah dapat main pasir..mandi kolam sepuasnya...kita ni tukang jaga jer...
tak pa main puas-puas malam nanti ada majlis makan malm pulak...dah jom balik..


siap ada persembahan dari kanak kanak lagi tu





ada pulak yang tumpang menyelit



aktiviti memancing
Ini saja lah yang dapat teman pamerkan gambar buat teman teman...tahun ni pertama kali teman  tak dapat
lucky draw.nak buat camner....Jumpa di YEG pulak...Moh ke teganu kite..tapi selepas raya geng 3G ada Fundive.harap harap teman dapat join la